Tuesday, June 14, 2011

SAYANGKU AURAT


aurat..
pendedahanmu adakah satu kenikmatan?
atau mendedah diri ke arah kejahilan?
lirikan mata memandang adakah itu satu tujuan?
apakah yang empunya jasad mahu tuntutan?
atau sekadar menunjuk potongan badan?

putih kulitmu suatu penghargaan
yang sawo matang turut perasan
cantik wajahmu itulah kebanggaan
sanggup kau gadaikan lemalui fesyen badan?

yang ketat menampakkan medan-medan seni
yang memberahikan
yang boleh menampakkan celah-celah keenakan
mahkota rambut menjadi perhiasan
biru merah diwajah saduran

awas...
apabila jejaka mencecah keinginan
kelibat jantan mula berkeliaran
seluar panjang sudah dipendekkan
mula terpancar keinginan mengawan
mata terbeliak kucing merenung ikan

awaslah..
wahai si manis sepanjang zaman
dari ditelan serigala kelaparan
tutuplah aurat demi keselamatan
itulah syariat suruhan Tuhan
dan Nabi telah berpesan,
itulah lambang identiti muslimah bewawasan

No comments:

Post a Comment