Sunday, June 19, 2011

seloka untuk teman


assalamualaikum salam sejahtera,
pembuka bicara madah seloka,
hajat dihati,nak hadiahkan seloka,
harap temanku,sudi terima.

bekulit gebu,berwajah manis,
berkaca mata,kiut sekali,
banyak memberi kenangan manis,
RABIATUL namanya,yg ku sayaaaaang sekali.

kalau tak kenal,sombong lagaknya,
bila dah kenal,sembang tak hengat,
putih gebu,coklat matanya,
DINA namanya,bukan donat.

lemah lembut,menutur kata,
kucing menjadi peneman hidup,
pandai berbahas,pandai berkata,
itulah SITI,bermata redup.

sekali pandang nampak ganas,
tapi dihati ada taman,
bila dah kenal,tak la ganas,
PIZAH namanya,menjadi teman.

suara nyaring,halus sekali,
bila gelak,alahai,comelnya!
bila speaking,bagus sekali,
ni dia NAJWA,teman yg bergaya!

cerita pulak pasal jejaka,
WAN namanya teman yang setia,
di waktu susah,dia sntiasa ada,
terima kasih wahai teman yg setia.

tak pernah bersua,hanya bersuara,
kalau nak tengok,hanya di gambar,
inilah DILA,manis orangnya,
bila agaknya kita nak jumpa...?

orangnya kemas,klate mari,
PLKN jadi tempat perkenalan kami,
sentiasa bersama suka dan duka,
berwajah manis,ZARIQ namanya.

ini pulak kisah mek klate,
comel orangnya,bijak pulak tu,
asalnya dari pasir mas klate,
AKMA namanya,manis gitu...

mula-mula pandang,nampak garang,
bila ingat fizik,nama HAFIZ disebut,
jauh belajar ke negeri orang,
penasihat aku,bila aku serabut. (hehehe)

teman sekelas,sebilik,serumah,
sentiasa bersama dimana sahaja,
bila outing tak ingat nak balik rumah,
asalkan dengan AKMAL,semua jadi tak apa.

ASMALIYANA bermata empat,
bila shopping,baju tak lepas,
AKMAR perlu jadi penasihat,
kalau takkkk..balik jalan kaki,tak naik bas.

orangnya tinggi,jenoh nak langut,
peminat bola serta memancing,
tiap-tiap minggu balik kampung,tak pernah penat,
PAKCIK ZIZAN panggilannya,bukan darling.(hahahahahahaha)

orangnya tinggi,kurus sekali,
baik dan sabar,sifat semulajadi,
menjadi peneman suka dan duka,
itulah PIJOL,teman yang setia.

sekian dahulu seloka saya,
salah dan silap harap dimaafi,
bukan nak kata bukan nak puji,
hanya sekadar menghibur hati.




Wednesday, June 15, 2011

3 cahaya di akhirat

apakah cahaya itu??


1 - cahaya seperti bintang-bintang iaitu cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil wudhuk apabila mendengar azan.



2 - Cahaya seperti bulan iaitu cahaya pada wajah merekayang mengambil wudhuk sebelum azan




3 - Cahaya seperti matahari iaitu cahaya di wajah mereka yang sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.



p/s : mudah-mudahan bercahayalah kita sepertimana cahaya bintang ,bulan dan matahari. Waallahua'lam..

Mestica - Layar Keinsafan

Mestica - Destinasi Cinta

Di sinilah kita


Di sinilah kita

Merancang dan bertindak

Memerah fikiran

Dan melerai masalah

Namun kita tetap manusia

Tanaga kita tak ke mana

Fikiran kita ada batasannya

Tindakan kita ada sempadannya

Disinilah kita berfikir dan bekerja

Namun kita tetap lemah

Hanya bersandar pada Tuhan

Kita pastinya akan gagah

Selagi kita terasa lemah

Selama kita tunduk dan menyerah

Pada kehendak dan kudratNya

Akrab persahabatan


Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan

Tiada siapa yg bisa memisahkan kita

Antara kita semua

Seerat simpulan yg tidak terbuka

Seteguh langit tinggi menongkah dunia

Kita mengharung badai atas nama

Kasih insan bersaudara

Buang yg keruh ambil yg jernih

Dendam hasad dengki mestilah dijauhi

Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan

Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan

Tiada siapa yg bisa memisahkan kita

Antara kita semua

tentang aku...


aku...sapa aku?erm...pada tanggal 30 oktober 19_ _ seorang bayi perempuan seberat 3kg selamat dilahirkan..err...tak comel , tak hudoh..yang sedang-sedang saja...bila ada yang tengok bayi ni,ada yang kata "awat macam anak cina?"..huhuuu...kalau bayi tu boleh cakap waktu tu,mau saja bayi tu kata,"i'm original malay okey???!"kuang..kuang..kuang..bayi itu diberi nama noor fatimah..dan dia ialah aku..(bila besar jadi nama kichi pulak..ish3...!nama glamor la kononnya..)

ehem..aku dibesarkan di negeri jelapang padi..mana lagi?ceq anak jati kedah ooii!!di daerah kulim..alamat tak yah bagitau kot..tk masuk exam pon..bila umoq aku mencecah 5 tahun,aku dimasukkan ke taska abim kat taman lobak,lunas.bila masuk 6tahun,aku tukar ke taska abim kat taman tempat aku tinggal..Masuk darjah satu,mak ayah aku yang sangat aku sayang hantar aku ke sekolah kebangsaan kulim (bandar).Sekali dengan kakak dan abang aku yang aku kasihi.Waktu tu adik aku tak sekolah lagi..Aku mendapat pendidikan kat situ sampai darjah 3 saja.Bila masuk darjah 4aku pon berpindah ke sekolah kebangsaan taman selasih.Haa...kat sini,adik aku yang comel tu baru masuk darjah satu..Aku habiskan pendidikan sekolah rendah aku kat sini...Keputusan UPSR tak yah tau kot noh..?yang sedang-sedang aje...

Masuk pulak bab sekolah menengah...Disebabkan aku teringin sangat nak tinggal di asrama,aku mohon untuk masuk sekolah menengah kebangsaan serdang. Kat sini aku mula belajar hidup sendiri..Boleh tahan jugak susahnya...Aku dapat kawan yang baaaaaiiikk sangat..sentiasa bagi sokongan kat aku..Rabiatul Adawiyah namanya..Secantik orangnya..Saaayang atul..Dan kat sini juga la aku mula kenal dengan seorang jejaka yang berjaya ketuk pintu hati aku..Tapi aku pendam dulu.Aku sekolah kat sini tak lama..2tahun aje..Dek kerana tak tahan hidup sendiri,aku sengaja gagalkan peperiksaan aku.Semata-mata nak keluar dari asrama..(minta maaf na mak..ayah..).Aku pon bertukar ke sekolah menengah kebangsaan kulim,tinggalkan kawan baik aku,dan kekasih gelapku..(keh3!bajet arr..)Kat sini aku dapat lagi kawan yang sekepala ngan aku.Dina,Ct,Pzah,Najwa,Trah dan sorang lelaki,wan..sayang kamu semua.Urm..Masuk tingkatan 4,aku terkejut bila dapat tahu,"kekasih gelapku" pindah sekolah.Sama sekolah dengan aku..(berbunga rianglah aku)(gatal jugak aku neh)Nak dijadikan citer,cintaku tidak bertepuk sebelah tangan.(toin3).Kami mulakan kita cinta kami seawal umur 16 tahun,tanggal 4julai (maka dia tukar status.jadi kekasih cerahku).Tapi cinta kami cinta terlarang.Almaklumlah,zaman sekolah...Tapi kami tak patah semangat.Kami teruskan jugak cinta kami..

Lepas SPM,aku dapat PLKN kumpulan 2,siri 4,kem dusun minda resort,kuala nerang.Kat sini aku belajar jadi ganas sket.Haha..Kat sini juga aku mula kenal dengan kawan lelaki.Dan yang kekal sampai sekarang,sorang je.Zariq..Dan melalui dia juga,aku dapat berkenalan dengan seorang lagi sahabat,yang banyak tolong aku,termasuklah tolong ajar aku buat blog ni.Yang lagi unik,kami tak pernah berjumpa walau sekali.she's my soul and seoul friend forever. love you so much Dila.ehem..berbalik ke cerita asal,aku masuk PLKN tak lama.Sebab kolej matrikulasi pulau pinang panggil aku.Ha..kat sinilah banyak kisah suka dan duka aku..Kat sinilah lah hubungan aku dengan kekasih cerahku tadi berakhir..(tu la..mak ayah tak bagi,degil jugak)dah tak da jodoh..Tak dak sapa yang salah..dan.....kat sini jugalah aku dapat penganti yang sangat setia menunggu dan sangat sabar..nak tau sapa?tak yah..tak masuk exam pon..Alhamdulillah..hubungan kami dapat restu mak ayah.walaupon dapat restu,kami tak tahu rencana Ilahi..moga2 hubungan kami dalam redhaNya..

Tutup bab cinta.Aku teruskan lagi perjalanan hidup aku.Aku lanjutkan pelajaran aku di UTeM,untuk bachelor of information technology and communication (networking). Kat sini aku betul2 belajar macam mana hidup sendiri..seram beb...kalau tak kuatkan iman,memang boleh hancus!Alhamdulillah,aku ada kawan yang sentiasa saling mengingati.Nur Akmal..syukur dapat kawan macam kamu.Tapi..aku dok UTeM sat je..Aku dapat tawaran ke kolej jururawat pulau pinang.(cangak lagi?aku cabut la..)aku sangat sangat sangat minat dunia perubatan ni.Tak dapat jadi doktor,jadi nurse pon jadilah..Sampailah sekarang..Alhamdulillah..kat sini aku dapat kenal dengan insan-insan yang bayak membantu aku.antaranya,akmar,ana,nida,tak lupa juga,pakcik.time kasih banyak-banyak.jasa baik korang Allah saja yang membalasnya.

haa..rasanya,sampai sini saja tentang aku..tunggu aku jadi staff nurse,kita buka kisah baru pulak yer?wallahua'lam..

Tuesday, June 14, 2011

anet,tonet,net,onet..mera kucing he...




Mula2 sekali,mak yang jumpa dia...masuk tu dia keciiik ja...besar tapak tangan aku ja..mak amek kat kelas fardhu ain.mak tengok budak2 dok lambung dia.mak tak sampai hati tgk,mak pon amek dia bawak balik..masa tu kami baru kehilangan kucing kami yang ke berapa puloh entahla...kedatangan net memang di nantikan..rumah ni sunyi kalau takdak kucing..=)

Berbalik kepada citer asal..waktu mula2 net masuk umah ni,net senyaaaap je...takut agaknya..bagi nasi campur ikan,die tak makan..tak lalu kot.cuba bagi ikan mentah.GELOJOH gila!huhuuu...hari pertama dia makan ikan mentah je..ada nak kenyang?Esok tu pulak,bila bagi ikan mentah,dia makan,tapi muntah balik.aik?abes tu nak bagi makan apa?makin hari makin kurus..hurm....kenapa ni net...?last-last mak cuba bagi nasi gaul ikan lagi..nah....GELOJOH tak ingat!Selagi perut tak buncit,selagi tu dia sumbat!Adoyaaaiii...Kalaulah dari awal dia makan nasi..kan senang...Tak biasa kot..

erm...net ni perangai dia lain sket...Dia suka main gigit-gigit dan kejar-kejar...gigit tangan tak dapat,kaki pon dia bedal..yang tak biasa,mesti marah dia..huhuuu...kesian...tapi yang uniknya,dalam keluarga kami,suma tangan dan kaki kami dia gigit,kecuali tangan mak...hurmmm...?agaknya sebab mak yang bawak dia balik kot..kucing pon pandai kenang budi... ha..net ni,suka main kejar-kejar n nyorok-nyorok.kita lari la ke mana pon,selagi dia tak penat,dia akan kejar kita.sampai la dia yang penat...(ko tu takpa la kecik....rumah yang kecik ni jadi luas untuk ko..kami yang besar ni..huhuuu...susah kot nak lari...kalau tak lari,ko gigit..adoyai)Dia cukop geram kalau orang tak layan dia main kejar-kejar..dia boleh lompat naik cekup tangan..(apa2 ajalah net ooi...janji ko heppy) =)

haa...masuk bab tido..net ni demand sket..kalau nak tido malam-malam,tak main la tido sorang2.eh,sekor2.dia sanggup tunggu kitorang masuk tido dulu walaupun dia dah mengantuk tahap gaban,hanya kerana nak tido sesame...adoyaaiii..bilik pulak,tak nak bilik yang bersepah..kalau bilik bersepah,kita angkat dia masuk pon dia lari keluar..kalau bilik tu kemas...tak payah suruh,dia sendiri yang masuk,lena dan tergolek senyap...satu lagi yang uniknya,net ni suka plastik...tak kira kecik ka besar ka,dia naaakkk masuk jugak..tak sedar yang dia tu dah besar...bila dah masuk tu,haa..memang susah dah nak keluar..sampai tido pon dalam plastik tu...net ni,kalau dia betul2 mengantuk,boom meletup tepi telinga pon tak jaga..tapi yang kelakarnya,satu hari tu,baru lepas azan,mak kata kat dia,"neeettttt!!bangun lekas..p sembahyang nuh" net bangun.buka mata.tengok mak,kemudian tido balik.mak jerit lagi " neeetttt!!angun pat,meh atan ashik meh!(net,bangun cepat.mai makan nasi mai)" dengan satu jeritan tu saja,net buka mata,bangun,terus pi dekat mak..adoyaaaiii....

sekarang net dah besar...dah pandai menggatal...dia dah tak main kat tanah..tempat mainan dia atas pokok dan bumbung..kadang2 aku pon konpius,net ni kucing ke monyet?haha.....bila datang musimnya,dia akan menggatal,sampai serak suara...balik minta nasi pon dengan suara rock..biasalah..dah matang la katakan...hehe..

em...setakat ni lah dulu pasal net..ada cita baru nanti,kita cita len eh..wassalamm..





kenali neraka jahannam!


bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panas teriknya matahari Ku? tahukah kamu bahawa neraka jahanam Ku itu :

1 - Neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2 - Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3 - Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4 - Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5 - Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6 - Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7 - Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8 - Di bawah pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9 - Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat

10 - Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11 - Setiap rantai di seret oleh 70,000 malaikat...


mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan pada kita semua..

wallahua'lam...

apa yang salahnya???


KESALAHAN PERTAMA :
aurat itu adalah memakai tudung sahaja

KESALAHAN KEDUA :
bertudung tetapi ber T-shirt lengan pendek

KESALAHAN KETIGA :
bertudung tetai berbaju terbelah kainnya

KESALAHAN KEEMPAT :
bertudung tetapi bajunya sendat , sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah menggoda

KESALAHAN KELIMA :
bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. tidak di sekitar rumah,pasaraya dan sebagainya..

SAYANGKU AURAT


aurat..
pendedahanmu adakah satu kenikmatan?
atau mendedah diri ke arah kejahilan?
lirikan mata memandang adakah itu satu tujuan?
apakah yang empunya jasad mahu tuntutan?
atau sekadar menunjuk potongan badan?

putih kulitmu suatu penghargaan
yang sawo matang turut perasan
cantik wajahmu itulah kebanggaan
sanggup kau gadaikan lemalui fesyen badan?

yang ketat menampakkan medan-medan seni
yang memberahikan
yang boleh menampakkan celah-celah keenakan
mahkota rambut menjadi perhiasan
biru merah diwajah saduran

awas...
apabila jejaka mencecah keinginan
kelibat jantan mula berkeliaran
seluar panjang sudah dipendekkan
mula terpancar keinginan mengawan
mata terbeliak kucing merenung ikan

awaslah..
wahai si manis sepanjang zaman
dari ditelan serigala kelaparan
tutuplah aurat demi keselamatan
itulah syariat suruhan Tuhan
dan Nabi telah berpesan,
itulah lambang identiti muslimah bewawasan

1st time bawak keta


suatu hari,aku teringin sangat nak bawak keta......
"maaaakkkk....ajaq ceq bawak keta plisssssss..."
mak aku hanya senyum.buat tak dengar...apa lagi,aku pon senyap2 amek kunci keta,sorokkan.
mak aku nak kuar pegi kedai.
"aik,mana kunci keta?timah,hang nampak kunci keta tak?"
"ada......ni!"aku tunjuk kunci yang ada kat tangan aku.
"meh sini.mak nak p kedai"
"tak boleh!mak ajar ceq bawak keta dulu."
"ok.ok..mak ajaq.p mandi dulu.nak bawak keta takleh busuk2.nanti keta tak jalan"
"heheeeee....oqey!"
aku pon p la mandi siap diri wangi2 sementara mak aku nak p kedai.

tibalah saat yang di janjikan.mak bawa aku ke perkarangan masjid.luas sket.senang nak belajar.aku pon amek la tempat duduk driver.

mak : pakai tali pinggang
aku : baik
mak : tekan brek
aku : baik
mak : lepas hand break
aku : baik
mak : lepas brek perlahan-lahan
aku : baik
mak : urm....pelan sangat nih,tekan minyak sket
aku : nak tekan banyak mana nih?
mak : sket ja
aku pon tekan lah mcm yang mak suruh.vrooomm!!sekali keta tu jalan.
"aaaaarrrrgggghhh!!!"mak aku jerit da...
"aaaaarrrrgggghhh!!!"aku terkejut dengar mak aku jerit,aku skali ikut jerit dengan tangan lepas dari handle,kaki lepas dari minyak dan brek.
"tekan brek!tekan brek!"arah mak.aku ikut ja arahan.
"awat mak jerit?"
"mak terkejut keta jalan."
"err...!@#$%^&*()"

p/s : memang sempoi blajar keta ngan mak.tq mak!! ;)

Saturday, June 11, 2011

kerana cinta-in team


Cinta itu cahaya sanubari

Kurniaan tuhan fitrah insani

Dan dimana terciptanya cinta

Disitu rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta

Tetapi memberi sepenuh rela

Rasa bahgia biarpun sengsara

Berkorban segala-gala

*Semua kerana cinta

Yang pahit manis di rasa

Penghibur nestapa perawat luka

Damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan

Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan

Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta

Kita pun leka entah ke mana

Dan jangan pula kerana bercinta

Tergadai semua maruah agama

Cinta oh cinta oh cinta oh cinta

Cinta yang sejati hanya cinta kan ilahi

Cinta ayah bonda tulus suci selamanya

Cintakan saudara masa berada hanya sementara

Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan

akibat mengantuk semasa keja


satu pagi tu,seperti biasa aku gi keja kat wad.....pagi-pagi tugas aku cek tekanan darah & suhu pesakit. pagi tu mmg aku mengantuk abes..seperti biasa :
"encik,bangun..dah pagi.."kata aku.aku pon terus la kutip file2 pesakit..sebab sat gi nak kena catat tekanan darah & suhu pesakit nih.. kawan aku yg juga mengantuk,tolong aku wat keja.. dia tolong amek tekanan darah.aku tolong catat..sampai kat seorang hamba Allah ni :
"cik,bangun cik.dah pagi.saya nak amek tekanan darah ya"kata kawan aku yang juga masih mengantuk.
si hamba Allah ni pun bangun dari katil,dengan keadaan yg masih mamai,hulurkan tangan untuk amek tekanan darah..kawan aku pon dengan selambanya amek lah tekanan darah hamba Allah ni.. aku yg kononnya prihatin,tgk hamba Allah ni tk pakai baju pesakit,aku pon dgn bangganya p la amek baju bg kat dia.dlm fikiran aku,"die ni baru masuk kot..baju pon tk tukar lg". "cik,nanti tukar baju ya"aku pon cari la file dia,nak catat tekanan darah..aik?awat file dia tak dak?dia ni masuk pukul brapa?cari punya cari tk jumpa..aku pon tanya,
"cik nama apa?"
"saya yanti"
"ai,pelik,mana p file die?file die takdak la kak.."kataku kepada kawanku yg tolong amek tekanan darah tu tadi..
"takdak?cuba tanya staff nurse"
belom sempat aku p tanya,hamba Allah ni tahan lalu berkata:
"eh,misi,saya bukan pesakit...saya penjaga ibu ini..saya tumpang tidur saja di sini.."
"HA?!@#$%^&*()_+"serentak kami berpandangan..

p/s : jauhi mamai dalam bekerja!!