Friday, January 6, 2012

TIP S UNTUK HILANGKAN BAU TELUR PADA KEK ATAU APOM

ramai juga yang megalami masalah seperti ini.termasuklah saya..telah pelbagai cara yang telah saya gunakan untuk kurangkan atau taknak langsung bau telur pada apom atau kek yang saya buat. jika terdapat bau telur pada apom dan kek,sudah pasti ia akan mengganggu selera saya..rupa-rupanya senang saja......

caranya...: masukkan SERBUK vanilla ke dalam adunan...insyaAllah,kek atau apom tidak akan bau telur lagi...

!!!SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, December 30, 2011

CHICKEN CHOP




BAHAN-BAHAN

ayam :


- seekor ayam di belah empat dan dibuang tulang
- tepung goreng ayam
- rempah kari
- sebuk cili (kalau nak rasa pedas2 sket)
- telur
(kalau nak buat jenis yang 3 rasa,perap ayam semalaman dengan sos tiram,sos tomato,sos cili)

sos :
- 2biji ubi kentang
- 1/4 bawang besar
- 1kotak mancis isi ayam
- 3 atau 4 sudu sos tiram
- lada hitam (biji) di tumbuk
- serbuk lada putih
- garam
- gula

coleslow
- lobak merah
- kobis
- mayonis

CARA-CARA

ayam:
1- gaulkan tepung goreng ayam, rempah kari , serbuk cili mengikut kesukaan anda
2- gaul ayam dengan telur,kemudian gaul ke dalam campuran tepung tadi dan goreng dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
3- toskan.

sos
1- rebus ubi sehingga empuk kemudian tos kan
2- kisar ubi,bawang besar,isi ayam bersama sedikit air rebusan ubi tadi mengikut kepekatan sos yang anda mahukan.
3- masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali untuk di masak (api kena kecik jer)
4- masukkan sos tiram
5- masukkan lada hitam dan putih
6- masukkan garam dan gula secukup rasa
7- tambah air jika perlu
8- padamkan api apabila sos kelihatan seperti mendidih.
9- tuang di atas ayam tadi

coleslow
1- cincang lobak merah dan kobis
2- gaul dengan mayonis
3- hidangkan bersama ayam dan sos

untuk hiasan,letak bersama salad.nak lagi best,letak kentang goreng..

SELAMAT MENCUBA!!

Aisya Humaira

Album : Tika Itu
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya dalam perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al ifki satu titik bermula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-mukassirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turun wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

tapi lihatlah hikmatnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehna ujian

Takkan terhidu harum mewanggi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu

ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Kau sahabat sejati di sisi RAsulullah

Sentiasa bersama senang atau susah

Kau lelaki pertama tika Islam bermula

Semarakkan obor perjuangan baginda

Oh As-Siddiq, gelaran yang terpuji

Indah maknanya setulus orangnya

Biarpun mereka sering mendustakannya

Namun kau tetap membenarkan Rasulullah tercinta

Gua Thur saksikan pengorbananmu

Titisan air mata menahan keperitan

NAmun kau tetap teguh setia

Demi seorang insan kekasih Allah di ribaan

C/O: Abu Bakar As-Siddiq, khalifah dunia Islam

Kau yang pertama pengganti Rasulullah

Mulia pekertimu penghias peribadi

Agung jasamu sanjungan hingga kini

Pengorbananmu kasih sayangmu

Kecintaanmu jadi tauladan ummah

Kau insan terbilang Allah janjikan syurga

Walau kau tiada kini sejarahmu abadi

Abu Bakar As-Siddiq...

Thursday, December 29, 2011

apam polka dot

bahan-bahannya:
(anggaran 50 biji bgi cup yg saiz sederhana)

270g tepung gandum
220g gula castor
150ml susu (1 kotak kecil 250ml)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovallette
3 biji telur (dr peti ais)
pewarna (suke ati nak kaler pe..)

cara-caranya:

campur semua bahan (kecuali pewarna) dalam mangkuk mixer. pukul sampai telur betul2 kembang.pukul dengan kelajuan maximum.

bahagi adunan kepada beberapa bahagian (bekas asing2) dan masukkan pewarna (ikut suka nak buat bpe warna).
contoh: 1 bhgn letak warna biru, 1 bhgn lgi letk warna pink.

masukkan 1 kaler dlm cup lebih kurg 3/4 cup.patu guna kaler yg 1 lgi utk wat dot dot @ ikut kreativiti..^_^

ps dah cyap isi dlm cup n wat dot dot, kukus dlm msa 10-15 mnit

apam polka dot siap untuk dihidang...^_^
selamat mencuba.....

Monday, December 26, 2011

...sAyA SuKa MaKe Up...

saya suka make up....sebab saya suka yang cantik-cantik.....
tapi cantik ke make up...????

haaa.....jom bincang...

makeup memang cantik kalau kena dengan gayanya...
yang kurang cantik jadi cantik...yang dah cantik bertambah cantik...
berhias tak mengapa tetapi kena dengan syaraknya...
tidak berlebih-lebihan sehingga menimbulkan riak....
jom kita tengok kebaikan dan keburukan makeup.

KEBAIKAN

- nampak cantik
- keyakinan diri meningkat
- rasa segar



KEBURUKAN

- boleh mendatangkan riak (bila asyik dipuji - segeralah beristighfar apabila dipuji)
- palsu yg ketara (kalau lebih-lebih)
- tekstur kulit cepat rosak


ada sesetengah wanita berkata "ah,saya tak suka makeup.buat apa?palsu.mengubah ciptaan.bla..bla..bla.."
haha...yang p ubah ciptaan tu sapa suruh?tempek segala macam sampai muka tu nampak sangat palsunya siapa suruh?
makeup ni tk semestinya kena tempek segala macam sampai kucing tgk pon lari...

cukup sekadar untuk kekemasan diri...imej diri sebagai muslimah yang menjaga kebersihan dan kecantikan yang Allah kurniakan...

ya....Islam hanya membenarkan muslimah berhias untuk suami..

tapi takkan la sampai kuar rumah dengan tudung senget2..muka kering tk berbedak langsung...sampai kadang-kadang nampak macam tak mandi...kekemasan dan kebersihan kan datang sekali...
kebersihan pulak sebahagian daripada iman..
imej diri kena lah jaga...
tp jangan la lebih-lebih...tak dak sapa suruh pon..


makeup bukan hanya pada rupa...
kalau kata make dah comey lotey dah ni...gebu lalala...tapi budi bahasa dan akhlak kosong...
hoh....lagi teruk daripada orang yang tak mandi sepuluh tahun...

tak guna makeup sampai sekilo tapi akhlak tak di"makeup"


tips makeup:

- makeup akhlak terlebih dahulu...dengan akhlak yang baik,kecantikan akan terserlah dengan sendiri...

- jaga solat dan wudhuk..kerana dengan wudhuk,cahaya darinya akan terpancar walaupun tanpa pencerah kulit yang mahal...(sebaiknya jangan lap air wudhuk..biar hingga kering).solat pula membantu dalam nk makeup akhlak tadi

- makeup tu biar berpada-pada...lebih2 kang haram pulak...boleh mendatangkan fitnah...

- cuci muka setiap hari.(kalau boleh tak lebih dari 3kali sehari.guna kuantiti sabun yang sedikit.bahan kimia pada sabun boleh menyebabkan kulit muka cepat rosak)

- manjakan wajah anda..contoh pakai pelembap..(Allah dah bagi kita satu wajah...tangunggjawab kita untuk menjaganya)

- yang penting,kekemasan...........................................



p/s : saja suka-suka tulis ni..nak kongsi pendapat...so,mistake may occurs...selamat mencuba...lalala..=)

Thursday, August 4, 2011

ANTARA PERISTIWA ISRA' MIKRAJ YG BOLEH MENJADI PANDUAN HIDUP

semasa perjalanan Rasulullah S.A.W untuk bertemu Allah,baginda dapat menyaksikan beberapaperkara iaitu:

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail:
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah
bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan
anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman
ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak
mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).


C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap
kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orangorang
yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri dan suami.


F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang makan riba.


G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar
(takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.


K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan
dunia daripada akhirat.


L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang
yang mensiakan umurnya sampai tua.


M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan
sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan
menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’,
aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga,
lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu
diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih,
nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang
makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan
kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada
susu penzina perempuan.


b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.


c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.


d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi
Idris AS.


e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun
AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.


f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan
nabi-nabi.


g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk
70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh
lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul
Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi
Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala
Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu :
Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La
Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap
kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.


i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail
masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban
pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah
warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas
emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.


k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat
neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.


l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-
Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy,
iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu
penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.


m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya.
Allah SWT: Ya Muhammad
Rasullah: Labbaika
Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa
pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu
dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan
tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa
sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai
suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di
bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu)
sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi
Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T
agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas
sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi
merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan
sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak
50 waktu juga.